Bismillah,
Alhamdulilah syukur kepada Allah masih memberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan.
Puasa tahun ni aku rasa teruk sangat. I mean diri aku terlalu teruk sibuk tak terurus dan kelam kelibut. Ahaha paham tak? Mungkin aku tak pandai urus masa sampai kadang kadang terabai banyak benda. Sepatutnya ramadhan habis 30juzuk al-quran but seriously it seem tak kesampaian. I was too lalai. Tak pandai bahagi masa. Allahuakbar sukar ye nak mantain amalan baik dalam kehidupan? Hmm
Kadang-kadang aku ni taklah sesibuk mana tapi letih tu ya amatttt............ Contohnya start bulan 7 haritu sibuk dengan urusan kemasukan universiti. Ye baru ku tahu bukan senang nak masuk u melainkan kamu bersusah-susah dahulu dan bersenang lenang kedian, ye? *Lap peluh
Hahaha serius banyak benda nak urus. Dokumen-dokumen penting, lampiran yang perlukan pengesahan ketua kampung. Bukan senang ye. Takpe aku belajar berdikari muehehe *mata ke atas*
Letih jugak eh jadi surirumah. Nak pitam aku buat keje rumah. Kat rumah aku ni 3orang laki menetap kat sini, lagi 2 orang tinggal kat lain. So yang berkemasnya sorang, and yang sepahkan rumah 3orang. *Huwaaaa nangis tak berlagu*
Tambah-tambah lagi kakak aku preggy sekarang ni, so die cepat letih. Sian gak takpe takpe, kite kompromi ngan awak ye tapi bukan dengan askar bertiga tu. Hahaa ok ok gurau kite ok je muahahaa..
Takpe lah, ni hikmah adik beradik laki ramai. Allah nak bagi pahala lebih insha allah.
Oh baru teringat kenape ye kalau umur nak masuk 20s memang jerawat kena naik banyak-banyak stok tak hingat keee? *nangis lap ingus*
Ok muka aku sekarang ni jerawat berpesta ria. Sakit hati kite ok. Kite termarah sebab kena berpantang makan. Bayangkan ye ahkak-ahkak semua, aku tak boleh makan udang, budu, ikan ayer, ikan bilis and seangkatan. I is deritaa baru je makan udang, jerawat batu meriah gitu berpesta!
Harini makan nasi goreng ikan ayer ( aku tak tau mak guna ikan ni), kesannyaaa gatal gilaaaa muka ni. Aku sibuk duk kerut-kerut pipi, mak aku dah angin terus marah tak bagi garu. hahaa maap ler kite ni kasau sikit garu guna kuku je.
Pastu ade lagi, takleh minum air kelapa which is air ni lah orang guna buat coconut shake kan??? *srott srotttt buang ingus*
Relevannya nak elakkan kulit tinggal parut. Ahaha teringat sketsa sebelum ramadhan, aku and mak gi pasar.
Dah siap beli barang-barang aku masuk dalam kereta and tengok muka sendiri. Oh seram okek! Sebab berpanas sangat kesannya merah muka and paling ketara bintik-bintik merah berkilauan. mak aku pun cakap
Mak : jangan minum air nyor(kelapa)
Aku : Bakpe?
Mak : karang tinggal parut baru tahu.
Aku : Iyee, mane ade kite minum air tu *Sambil sedut air hampir nak habis*
Mak kerling aku pastu tegur
Mak : tu bukan air nyo?
Aku : * terus cek air, hmm coconut shake................. aku dah kenapeeeeeee ??????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!*
Mungkin ada idea kurangkan jerawat ni, anyone?? hahah ok2 reader dah lama larik. Takpe, i cool okkk.
Ok lahh, as salam
Ini Tendensi Saya
THE.GIRL.WHO.CHASED.THE.STAR
Monday, August 5, 2013
Friday, May 3, 2013
Dan, maju ke hadapan usah berpaling lagi
Bismillah.
Assalamualaikum sesekaliannn. Hmmp mana nak mula ye. Hahaha awkward gitu. Dulu rocko sampai tak menyempat bagi salam, duk hai je memanjang, hujung post baru bagi salam.
Lama gila tak jenguk sini. Mesti heran apehal semua post lama-lama aku hilang. Akceli bukan hilang tapi aku dah delete semua, all, titik hahaa.
Kenangan sekolah menengah, daily activities, time abang aku kawin, zaman form 6, pengalaman kali pertama kat asrama andddd banyak lagi lagi.
Bila fikir balik, mesti aku monolog 'kenapeeeeeeeee akuuu delete post-post lameeeee?!!!!!!!!'
Pastu istighfar. Ada hikmah semua ni :D. Aku kembali conteng kat sini sebab tak tahan lagi. Aku sukeeee sangat tulis and share. Kata orang, blog ni medium berhubung dengan kengkawan. Aah yelah kot.
InsyaAllah aku citer dari A to Z sebab aku delete post lama-lama. Mudah-mudahan memberi pengajaran kat semua dan aku sendiri. Insyaallah.
Sejak aku sambung form 6 2 tahun lepas( tinggal kat asrama) , aku rarely tulis kat sini. Mostly aku tulis kat buku( bukan diari yee). Disebabkan aku seorang penjimat cermat, alhamdulilah buku setebal 140 muka surat kot? aku dapat guna selama 2 tahun. Insyaallah aku akan guna lagi lepas ni. Hahaha misi berjimat perlu hader. I was sayang gila buku tu yang jadi teman setia kat asrama. Teman suka,duka nangis, sebak sume ada.
Eh panjang pule intro ni..
Ok ok back to my vision on this post. Hahaa kan aku kata, aku ni sukeeee sangat tulis. Alih-alih melencong pule.
Pada hujung bulan 3 tahun ni lah. Semuanya bermula lepas maghrib, aku dapat pesanan ringkas dari kawan. Dia cakap kawan lelaki sekelas time tingkatan 6 eksiden and sedang dalam rawatan kecemasan. Aku terkejut dan doa supaya semuanya selamat. Dalam jam 10malam, bertalu pesanan ringkas dari kawan-kawan sampaikan yang kawan kiteorang dah takde. Innalilahi wainna ilahi rajiun...
Al-fatihah kepada sahabat kami, Allahyarham Muhammad Fakhrullah. Semoga roh mu tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Aminn...
Malam tu aku takleh tidur. Baring kanan baring kiri semua tak kena. I keep thinking betapa ajal tak kenal usia. Allahyarham meninggal di usia 20 tahun.
kita yang hidup belum tahu bila dan bagaimana kita akan mati. Allahuakbar.. Dan malam tu jugaklah aku tekad nak berubah. Berubah ke arah kebaikan. Alhamdulilah Allah masih bagi peluang untuk aku baiki diri.
Esoknya aku dan parents gi ziarah keluarga arwah. Aku dan kawan-kawan lain sempat tengok allahyarham buat kali terakhir. Subhanallah tenang wajahnya.
Keesokannya aku macam takde semangat, buat kerja sambil lewa, hilang selera dan semua yang aku buat rasa tak kene je. Aku takleh tidur malam. bayangkan dari pukul 9malam sampai pukul 1pagi aku baring tapi mata celik, melangut tengok siling, terkedip-kedip, jiwa kosong. Dalam minda terbayang camane mati, takut dan semuanya.
Masa ni lah aku tekad delete facebook dan segala post kat blog. Motip delete blog?? hahah gelak lagi padahal aku sekadar post kenangan dulu-dulu je tapi tetap delete. Sesungguhnya minda aku celaru sangat and zapppppp terus padam semua post. Redha ok.
Facebook lak medium berhubung dengan kengkawan and tempat orang ramai tag gambar-gambar. Aku malu tengok gambar aku sendiri walaupun seluar tak ketat tapi macam membentuk sikit sikit, selendang jarang dan silang kiri kanan memang tak sempurna lah aku tutup aurat selama ni. ( Boleh rujuk kat sini
ustaz don daniyal- syarat pakai tudung sempurna )
Pastu aku duk share gambar atau video orang tak tutup aurat terutama rambut. Dosa tu kita tanggung tau sebab kita duk tunjuk kat orang lain aurat dia meskipun dah terang bersuluh dia tak pakai tudung. Contoh aku bagi cam artis gitu lah. Wallahua'lam.
Aku nak nangis tapi selalu rasa tak lepas, dada sebak terkenang dosa. kebetulan terdetik nak bukak cerita yang sahabat sekelas tingkatan 6 syorkan aku baca. Dah lama die suruh buka. Bulan 2 tahun ni jugak lah tak silap. Tapi tak buka buka sebab i was tooo lagho.
Pastu aku buka lah cerita ni.klik sini ( kisah siti hajar)
Subhanallah begitu terkesan cerita ni kat aku. Menangis aku kat bahu mak. Aku cakap kat mak yang aku nak berubah. Nak pakai tudung lebih menutupi aurat.
Mak aku senyum "alhamdulilah, mak doakan terbaik untuk anak-anak" sambil tepuk-tepuk belakang aku. Aku peluk taknak lepas mak. Perasaan tu tak dapat nak cerita. Bacalah link tu ok..
Dalam seminggu jugak keadaan aku camtu, mak aku risau tengok aku camni terus bawak jumpa ustaz. Kata ustaz aku lemah semangat dan mungkin jugak lah sebab masa aku melawat jenazah, aku dalam keadaan tak bersuci. Mungkin jugak mudah kena.
Alhamdulilah dua minggu kemudian aku beransur sihat. Syukur ya Allah.
Dalam keadaan aku tak sihat, aku banyak belajar tentang erti hidup, islam yang sebenar-benarnya.
Pernah dengar tak ayat ni yang seseorang islam belum tentu beriman tapi seseorang yang beriman dah tentu islam. Dapat cerna tak maksudnya? aku terkesan sangat-sangat dengan ayat ni. Subhanallah.
Setiap orang ada definisi hidup yang berbeza. Bagi aku setelah hasil pembacaan, hidup adalah peluang untuk kita kejar syurga Allah. Dan aku berusaha ke arah tu. Insyaallah.
Bila terdetik hati kita untuk berubah perbaiki diri lebih baik, jangan tangguh niat tu. Bersyukurlah Allah masih bagi kita peluang untuk bertaubat. Tak terkata nikmat ketenangan hidup jika berlandaskan islam. Semoga istiqamah dalam perubahan insyaallah..
Aku tau bukan senang nak berubah tapi tak salah kan kalau kita berusaha perlahan-lahan cam pakai stoking, handsock, tudung nipis nampak tekak kene pakai inner. Mana yang singkat, labuhkan, yang ketat, longgarkan. Insyaallah..
Sementara kita masih ada peluang dan ruang, berubahlah ke arah yang lebih baik.
Aku harap perkongsian ni bukan sekadar bacaan semata-mata tapi jadikan pengajaran, ambil yang positif. Aku taklah sempurna dan jauh sekali riak dengan perubahan ni. Mudah-mudahan dengan post aku share ni dapat memberi manfaat kat semua.
Okay maafkan aku ye kalau terkasar tulis and etc. Sesungguhnya yang baik dari Allah, yang lemah tu dari aku sendiri. Wasalam

Subscribe to:
Comments (Atom)